UMK kampus Taman Bendahara, Pengkalan Chepa ni adalah kampus pertama bagi universiti ni. Ia mula beroperasi secara rasmi pada 1 Julai 2007.Seramai 295 orang pelajar sulung telah mendaftarkan diri pada pengambilan pertama.Tahun Kedua iaitu pada Julai 2007 UMK telah berjaya membawa masuk pelajar seramai 332 orang. Namun kini, kampus ini telah dikaskan untuk pelajar bidang KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN.
Menarik bagi UMK kampus Bachok ini ialah ianya berdekatan dengan kawasan pelancongan iaitu Pantai Tok Bali. Suasana yang tenang dan dihembus angin pantai memberi inspirasi semangat kepada pelajar bagi melahirkan idea2 baru bagi pelajar bidang TEKNOLOGI KREATIF & WARISAN dalam melahirkan idea baru mereka.Ia dikelilingi suasana kampung iaitu sawah padi dan juga kawasan pendidikan yang lain seperti IKBN dll. Bagi fasa 1 ianya terbahagi kepada beberapa zon :
- zon komersial
- zon akademik dan gunamasa
- zon kolej kediaman
- zon komplek sukan
- zon taman
- zon kediaman kakitangan
- zon komersial dan Taman Wetland
Kampus ini terletak 100km dari bandar Kota Bahru. Kampus ini menempatkan Pelajar dalam jurusan Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli (FASA), terdapat juga di kampus ini ialah Pejabat Pusat Kecemerlangan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)-Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)-UMK, Bahagian Pentadbiran Kampus, Bahagian Pembangunan Pelajar, Bahagian Kemudahan dan Perkhidmatan, Bahagian Pentadbiran, Kewangan dan Keselamatan serta Perpustakaan.
















